Wednesday, 17 December 2014

Terima Kasih

Assalamualaikum,selamat petang
Terima kasih Manns homestay ucapkan kepada tuan-tuan & puan-puan yang telah menginap di Manns homestay.
Manns homestay berbesar hati sekiranya tuan-tuan & puan-puan sudi memberi pandangan,pengalaman serta pendapat atau komen-komen yang berguna kepada Manns homestay.

Thursday, 4 December 2014

LOKASI

Rasanya masih ramai yang tercari-cari lokasi Manns Homestay kan?

Lokasi Manns Homestay adalah di Kg.Air Rawa Gemencheh,Negeri Sembilan..kalau anda search dari Google Map boleh taip Rumah Warisan Kg.Air Rawa..Lokasi Manns Homestay hanya 500 meter dari rumah warisan tersebut.

WAKTU CHECK IN & CHECK OUT

Assalamualaikum..dah lama tak update blog ni..maklum la busy sikit.
Ramai yang masih tertanya-tanya waktu Check In (Masuk) dan waktu Check Out (Keluar) di Manns Homestay..So sebagaimana amalam di mana-mana resort waktu Check In di Manns Homestay juga adalah jam 3.00 petang manakala waktu Check Out adalah jam 12.00 tengahari 

Sunday, 17 August 2014

JAMUAN RAYA PENDUDUK KG AIR RAWA/PULAU DI MANNS HOMESTAY

Alhamdulillah..Syukur ..Bila Kita Niat Sesuatu Untuk Tujuan Menambah Nilai Hidup Masyarakat..Suasana Kesatuan dan Kemeriahan di Desa Makin Terasa.."Penduduk Bersatu, Manns Homestay Membantu".












Thursday, 14 August 2014

Aktiviti di Manns Homestay

Sepanjang Tahun 2013..Manns Homestay telah digunakan oleh para pengunjung untuk aktiviti dibawah :-

i. Penginapan untuk ke majlis perkahwinan
ii. Penginapan untuk menghantar anak ke MRSM Gemencheh
iii Penginapan untuk menghantar anak ke Kolej Komuniti Tampin
iv. Berhari Raya di Kampung
v. Tempat penempatan pekerja bagi projek2 di Gemencheh
vi. Penginapan untuk sanak saudara untuk majlis kenduri.
vii. Perjumpaan/Reunion
viii. Kemudahan untuk pemandu yang bermusafir ke Tampin, Gemencheh, Batang Melaka, Gemas.
ix. Penginapan untuk menghantar anak ke ILP Selandar, Maahad Ahmadi Gemencheh dan Institut Tahfiz Negeri Sembilan.

ANDA BILA LAGI...JOM MENGINAP Di Manns Homestay

Tuesday, 12 August 2014

Terima Kasih Kepada Geng Monceh Yang Mengadakan Reunion di Manns Homestay.Kehadiran anda membuktikan Manns Homestay boleh digunakan bukan setakat penginapan untuk majlis perkahwinan, menghantar anak ke MRSM, Tahfiz Al-Quran dll tetapi untuk pelbagai aktiviti.








Seruan kepada semua perantau anak kelahiran Pokan Monceh..anda tidak perlu risau untuk kembali ke kampung halaman di Monceh.Manns Homestay sediakan kemudahan penginapan untuk anda dengan harga berpatutan. Kombalikanlah konang-konangan tinggar di rumah nenek moyang yang telah tiada dengan menginap di homestay kami.

Kemudahan tambahan

Wakaf Untuk Istirehat




Buaian


Ogos

Manns Homestay fully booked by Puan/Cik Raihana on 30th August and 31st August..WELCOME to our homestay